The Blind Person

Horrible months. 

Kadang kesedaran itu ada tapi tak cukup nak buat kita bergerak. Pagi tadi aku duk dengar nasyid kat youtube *lama tak dengar last masa sekolah dulu. Taste muzik aku ni lain sikit so nak dengar nasyid tu memang kurang sebab tak banyak lagu yang kena dengan telinga. Tengah aku duk cari cari aku terjumpa satu talk ni dekat tv alhijrah, hos dia mizz nina dan talk dia pasal "Let it go, Move On".

Ada tiga slot dan tiga tetamu, aku tertarik dengan tetamu pertama iaitu seorang blogger. point dia is kita ni terlampau bergantung harap pada manusia. Yes everyone are including me. Okay dia cakap pasal keyboard warrior dan teenagers tapi aku tak berminat sangat dengan benda tu. So apa itu bergantung pada orang lain yang aku faham, we are always expecting something better from other, and sampaikan somebody tu tak sengaja pun tak fulfil apa kita nak and we are so dissapointed and feeling down. Ya ini aku rasa sekarang sebab aku mengharapakan this 'person' ada dengan aku bila aku jatuh, and yes dia ada dengan aku  but less caring. Silap aku kat sini adalah aku bukan mengharapkan 'person' tu ada dengan aku tapi aku mengharapkan attention dia which means sesiapa yang datang bagi attention dekat aku yes youre a right man. Kan ? Itu sebenarnya aku nak sebenarnya bukan aku nak orang tu. Just  because he's good with you today, doesn't means he will good to you forever. so aku teringat quote "Sometimes we just want that things, not we need that".

Dalam Al-Quran pun ada sebut setiap ujian yang datang adalah pengajaran untuk kita *sorry ini cuma conclusion bukan ayat quran. And aku realize something, aku ada makcik dan pakcik yang memang apa-apa pasal technology suruh aku buat, even update facebook or check e-mail pun suruh aku, benda simpe beb yang kita buat hari-hari. Honestly aku sendiri rasa annoyed sebab aku tak boleh buat kerja aku mesti terganggu, and i know ramai remaja kat luar sana hadap masalah ini. Contoh "mak kau tanya macam mana nak guna whatsapp guna fb blabla?" tapi bukan sekali dia tanya weh, kau dah ajar pun dia tanya kau lagi. Mesti kau rasa "aih ni pun tak tahu ke" even first time atau banyak kali dorang tanya. So aku terfikir kalau aku rasa annoyed dengan dorang macam mana pulak this 'person' which is just kawan aku je takde pertalian darah pun tak  rasa annoyed dengan aku dengan masalah aku yang dah bertahun tak selesai-selesai. Macam mana ? 

So kat sini aku rasa ada masalah yang kita tak perlu minta tolong orang dan ada masalah kita boleh minta tolong contoh mak kau minta tolong tadi, jangan suruh dia pergi doa amal ibadat pula nak bagi pandai main benda alah tu, memang takkan pandai nya. And yeah masalah aku adalah MASALAH HATI yang mana penyelesaian dia adalah dari ALLAH so try minta tolong daripada Allah macam kita minta tolong dari kawan kita sebab kawan tak semestinya faham situation kita tapi Allah faham, kau tak perlu cakap pun Allah faham apa kau rasa apa kau hadap. Smile 


Aiskrim Chipsmore Homemade



Bukan senang nak hidup senang, dan bukan susah nak hidup susah. Iklan chipsmore mengancam hari-hari aku. Jadi untuk puaskan hati nahh...

Menu hari ini : Aiskrim Chipsmore

Bahan-bahan (ingredient)

1 sudu besar ovalette
Susu dutch lady secukupnya *tak kisah jenama apa janji manis (susu pekat no!!!)
Biskut *suka-suka hati nak biskut apa yang korang nak

*tips 
biskut oat tak sesuai buat aiskrim
tak digalakkan pakai susu pekat lemak manis tu sebab kolestrol tinggi *aku tak pernah cuba lagi

ovalette
Ni chipsmore pilihan aku, combine pun sedap hehe

Cara-cara


1. Masukkan 1 sudu ovalette
2. Masukkan biskut pilihan korang *aku punya layer 
bawah chipsmore original atas butter crunch 
3. Masukkan susu secukupnya lepastu blend 
4. Orait dah siap aiskrim chipsmore, 
masuk dalam freezer tau

p/s; aku masih mencari-cari acuan aiskrim yang batang tu, lagi feeling kalau makan. Nak yang boleh buat sekali 10-12 batang baru cool nak makan hahahaha

Kebaikan Earl Grey Tea

Bismillah.

Terbantut idea ni haa wifi duk buat hal dari semalam. Orait sebenarnya aku baru je balik dari Cameron Highland haritu, weh sejuk bakhangggg kateko. Dulu aku pergi takde sejuk macam ni pun, tapi takde lah sampai cakap keluar asap dari mulut tu. Itu melampau lah, malaysia je kot. Pastu aku ternampak satu teh yang aku tak pernah jumpa *aku bukan kaki teh tahu lipton je. Masa tu nak balik dah aku dengan aunty aku singgah kat lembah yang tempat orang lepak minum teh cameron ni sebab dia mengidam teh cameron valley. Lepastu masuk kedai macam biase nak beli ole-ole katenya and ternampak teh ni kat kaunter. Grey tea ni kalau nak diikut lagi murah dari strawberry tea so aku pun ambil lah satu, lagipun jarang jumpa kan so rasa berbaloi lah.



Mula rasa tak sedap rupanya tak letak gula haha. Sedap je rasa dai sebenarnya and sambil aku layan teh tu aku pun pi lah usha google sebab first time jumpa kan? Banyak juga khasiat dia tau. Antaranya earl grey tea ni boleh menguatkan gigi, merendahkan kadar gula dalam darah, melancarkan pencernaan, membantu menjaga berat badan. Cara grey tea ni jaga berat badan adalah dengan merendahkan dan mengawal kolestrol dan memperbaiki sistem metabolisme dalam badan. So automatically boleh kurangkan lemak dalam badan. Siapa yang diet tu boleh juga amalkan teh ni, selain dari teh hijau ataupun green tea kan.

Tapi haa ada juga keburukan dia, iaitu kalau dah jadi habits korang sampai minum bercawan-cawan sehari, korang berkemungkinan untuk kejang otot. So berpada-pada lah okay ? Nak mudah and confirm sihat adalah dengan minum air putih iaitu air masak banyak-banyak. Cantik pun cantik hahaha.

Nanti aku cerita pasal teh lain pulak ok, nah belanja view ladang teh boh yang hijau dan sejuk mata memandang.

feeling lah kejap

HUTANG DHUHA


sumber google
.


Bismillah

Morning everybody, semoga harini ceria dan senyum selalu . Semalam ada terbaca pasal HUTANG DHUHA. Korang pernah dengar? Em' pun tak pernah dengar tapi Em' nak share untuk tambah ilmu kita sama-sama tapi versi simple jelah ye, insha Allah.

Kita ini sebenarnya banyak berhutang dengan Allah dan terlupa untuk "membayar" bayaran anggota serta organ yang kita pinjam. Jadi ALLAH tahu kita tak boleh bayar guna wang, jadi ALLAH suruh kita solat Dhuha sebagai bayaran. Mudah kan ? Tapi biasa lah kita ini kadang sibuk dan terlupa. Seperti yang tercatat dalam hadis "Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi dan setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Lalu para sahabat bertanya " Siapakah yang sanggup melakukannya ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran di masjid, tutuplah dengan tanah (buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu " (HR. Imam Ahmad).

Bayangkan kita sekarang ada yang dah umur 20, 30, 50 tahun baru tau hal ini, Allahu banyaknya hutang yang perlu diganti. Setahun mengandungi 365 hari darab 2 rakaat , jumlah 730 rakaat. Masha Allah. Jadi cara menggantinya bagaimana ? Kadang tu kita dah menabung simpan duit setahun nak beli iphone katakan lepastu wang tu tiba-tiba hilang, mungkin Allah ambil sebab nak bayar hutang kita. Kadang ada je masalah timbul, mungkin itu juga Allah nak kita solat minta kat Dia sebab sumber rezeki semua daripada Dia dan Dhuha adalah pembuka rezeki.

Antara tips yang ustaz ni bagi umtuk kita bayar hutang adalah dengan kita panjangkan mesej ini, insha Allah ada keberkatan terselit di situ. kita dapat beri manfaat kepada orang lain.Tapi jangan share je, insha Allah boleh buat sekali. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi dengan anda semua. Ceritakan kepada orang ramai tentang kelebihan solat dhuha. Moga-moga jika antara kalian mengamalkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang solat dhuha, insha Allah.

Dipetik dari sharing message whatapps, rujukan Undang saja ALLAH: Belajar Syukur, Belajar Yakin/Hutang 2 Rakaat Dhuha karya Yusuf Mansur.