HUTANG DHUHA
sumber google |
.
Bismillah
Morning everybody, semoga harini ceria dan senyum selalu . Semalam ada terbaca pasal HUTANG DHUHA. Korang pernah dengar? Em' pun tak pernah dengar tapi Em' nak share untuk tambah ilmu kita sama-sama tapi versi simple jelah ye, insha Allah.
Kita ini sebenarnya banyak berhutang dengan Allah dan terlupa untuk "membayar" bayaran anggota serta organ yang kita pinjam. Jadi ALLAH tahu kita tak boleh bayar guna wang, jadi ALLAH suruh kita solat Dhuha sebagai bayaran. Mudah kan ? Tapi biasa lah kita ini kadang sibuk dan terlupa. Seperti yang tercatat dalam hadis "Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi dan setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Lalu para sahabat bertanya " Siapakah yang sanggup melakukannya ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran di masjid, tutuplah dengan tanah (buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu " (HR. Imam Ahmad).
Bayangkan kita sekarang ada yang dah umur 20, 30, 50 tahun baru tau hal ini, Allahu banyaknya hutang yang perlu diganti. Setahun mengandungi 365 hari darab 2 rakaat , jumlah 730 rakaat. Masha Allah. Jadi cara menggantinya bagaimana ? Kadang tu kita dah menabung simpan duit setahun nak beli iphone katakan lepastu wang tu tiba-tiba hilang, mungkin Allah ambil sebab nak bayar hutang kita. Kadang ada je masalah timbul, mungkin itu juga Allah nak kita solat minta kat Dia sebab sumber rezeki semua daripada Dia dan Dhuha adalah pembuka rezeki.
Antara tips yang ustaz ni bagi umtuk kita bayar hutang adalah dengan kita panjangkan mesej ini, insha Allah ada keberkatan terselit di situ. kita dapat beri manfaat kepada orang lain.Tapi jangan share je, insha Allah boleh buat sekali. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi dengan anda semua. Ceritakan kepada orang ramai tentang kelebihan solat dhuha. Moga-moga jika antara kalian mengamalkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang solat dhuha, insha Allah.
Dipetik dari sharing message whatapps, rujukan Undang saja ALLAH: Belajar Syukur, Belajar Yakin/Hutang 2 Rakaat Dhuha karya Yusuf Mansur.
0 comments: