Kebaikan Earl Grey Tea

23:16:00 Unknown 0 Comments

Bismillah.

Terbantut idea ni haa wifi duk buat hal dari semalam. Orait sebenarnya aku baru je balik dari Cameron Highland haritu, weh sejuk bakhangggg kateko. Dulu aku pergi takde sejuk macam ni pun, tapi takde lah sampai cakap keluar asap dari mulut tu. Itu melampau lah, malaysia je kot. Pastu aku ternampak satu teh yang aku tak pernah jumpa *aku bukan kaki teh tahu lipton je. Masa tu nak balik dah aku dengan aunty aku singgah kat lembah yang tempat orang lepak minum teh cameron ni sebab dia mengidam teh cameron valley. Lepastu masuk kedai macam biase nak beli ole-ole katenya and ternampak teh ni kat kaunter. Grey tea ni kalau nak diikut lagi murah dari strawberry tea so aku pun ambil lah satu, lagipun jarang jumpa kan so rasa berbaloi lah.



Mula rasa tak sedap rupanya tak letak gula haha. Sedap je rasa dai sebenarnya and sambil aku layan teh tu aku pun pi lah usha google sebab first time jumpa kan? Banyak juga khasiat dia tau. Antaranya earl grey tea ni boleh menguatkan gigi, merendahkan kadar gula dalam darah, melancarkan pencernaan, membantu menjaga berat badan. Cara grey tea ni jaga berat badan adalah dengan merendahkan dan mengawal kolestrol dan memperbaiki sistem metabolisme dalam badan. So automatically boleh kurangkan lemak dalam badan. Siapa yang diet tu boleh juga amalkan teh ni, selain dari teh hijau ataupun green tea kan.

Tapi haa ada juga keburukan dia, iaitu kalau dah jadi habits korang sampai minum bercawan-cawan sehari, korang berkemungkinan untuk kejang otot. So berpada-pada lah okay ? Nak mudah and confirm sihat adalah dengan minum air putih iaitu air masak banyak-banyak. Cantik pun cantik hahaha.

Nanti aku cerita pasal teh lain pulak ok, nah belanja view ladang teh boh yang hijau dan sejuk mata memandang.

feeling lah kejap

You Might Also Like

0 comments: